Uncategorized


It was a long, long, long time ago. Tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Al-K’tiak Masham. Kisah mengenai dua orang pahlawan. Dua orang sahabat. Hang Jawad dan Hang Abat.

Kedua-dua pahlawan ini berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Sekuning Langsat. Mereka berkawan semenjak dari kecil lagi. Kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti bersama. Dari kecil hinggalah dewasa, tak pernah berpisah, sentiasa bersama. Ke sungai, mandi telanjang bersama. Ke hutan, melastik burung bersama. Ke dusun orang, mencuri buah-buahan bersama. Sehinggalah ke Gunung Ledang menuntut ilmu silat bersama, dari Guru yang sama.

Walaupun lahir dari keluarga yang berbeza, terlalu banyak persamaan di antara mereka. Selain memiliki paras rupa yang hampir sama, tarikh lahir juga sama. Warna kegemaran, makanan kegemaran sehinggalah brand seluar dalam yang dipakai, semuanya sama. Cuma ada dua perkara sahaja yang tidak sama. Pertama, Hang Jawad adalah peminat Manchester United, manakala Hang Abat pula adalah peminat setia Club Liverpool. Perbezaan kedua pula ialah karakter mereka. Hang Jawad adalah lebih degil, keras kepala dan panas baran. Manakala Hang Abat pula, selalu lebih banyak mengalah jika berlaku perselisihan.

Kekuatan dan kehebatan mereka memang telah terserlah sejak dari zaman TADIKA lagi. Kewujudan mereka telah banyak membawa perubahan dan kemakmuran di Kampung Sekuning Langsat. Kampung itu yang dahulunya dekenali sebagai ‘black area’, tempat bersarangnya segala Lanun, Mafia dan Yakuza, kini telah menjadi aman. Kesemua malaun itu telah dimusnahkan oleh Hang Jawad dan Hang Abat.

Berita mengenai kehebatan mereka sampai ke pengetahuan Raja Aki, raja negera Al-K’tiak Masham. Tanpa melalui sebarang ujian dan temuduga, Raja Aki telah melantik mereka berdua sebagai Pahlawan Negara, merangkap pengawal peribadi beliau.

Untuk dijadikan cerita, Raja Aki ini mempunyai seorang anak yang sungguh cantik dan seksi. Setelah lama menjeling dan memandang, maka Hang Jawad dan Hang Abat telah terpikat dan jatuh cinta pada Puteri Britney ini.

“Wahai sahabatku Abat…..” Suatu hari, Hang Jawad memulakan bicara.
“Ya… sahabatku Jawad. Ada apa? Selain dari bab meminjam wang, katakanlah, apa sahaja. Aku sedia mendengar dan aku sedia membantu.” Balas Hang Abat.
“Bukan wang yang aku mahukan. Begini… aku rasa hatiku telah terpaut pada Puteri Britney. Dan… aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan. Tidakkah kau mempunyai sebarang ilham untuk memikatnya?”

Hang Abat terdiam mendengar kata-kata Hang Jawad. Sungguh dia tidak menyangka, sahabatnya juga mencintai gadis yang sama sepertinya.
‘Mengapa Puteri Britney yang kau cintai? Oh Tuhan tabahkanlah hati ku..’ Keluh hati Hang Abat. Namun dia tidak mampu untuk menyuarakannya. Dipendamkan saja, nun jauh di sudut hatinya. Walaupun agak kecewa dengan kenyataan itu, tapi dia tetap tenang mengawal perasaannya. Lalu berkata….
“Wahai sahabatku Jawad. Jika itulah perkara yang kau gundahkan, aku bersedia membantumu. Demi kebahagian sahabatku, aku sanggup lakukan apa sahaja… percayalah. Esok biar aku pergi berjumpa dengan Puteri Britney dan menyampaikan perasaan cintamu itu kepadanya. Akan kucuba sedaya upaya agar Puteri Britney menjadi milikmu.”

“Terima kasih, sahabatku Abat. Hanya kaulah satu-satunya sahabatku.. selama-lamanya.” Jawad tersenyum riang sambil menyapu gambir pada daun sireh yang diletakkan di atas tapak tangan.

Sireh Pinang, memang itulah makanan kegemaran sambil melayan kedinginan malam setiap kali tibanya penghujung bulan. Harga rokok semakin lama semakin melambung tinggi. Setiap kali diumumkan Belanjawan Negara, pasti akan naik harganya. Kalau dulu 4.6 dirham, kini sudah naik hingga 5 dirham. Maka, sementara menunggu gaji, sireh pinanglah yang menjadi pengganti. Sambil mengunyah sireh pinang, Hang Jawad dan Hang Abat terus bercerita, berbincang, bagaimanakah cara untuk memikat Puteri Britney.

Keesokannya, seperti yang dijanjikan, Hang Abat pun pergi ke istana dan menceroboh masuk ke bilik Puteri Britney untuk menyampaikan hajat sahabatnya.

“Siapakah gerangannya itu?” Jerit Puteri Britney apabila menyedari ada seseorang sedang bersembunyi di sebalik tirai di biliknya.
“Hamba… Laksamana Abat…” Jawap Hang Abat lalu keluar menunjukkan diri kepada Puteri Britney.
“Oh… Tuan Laksamana rupanya… “
“Ampunkan hamba wahai Tuan Puteri. Ampunkan hamba jika kedatangan hamba secara kurang sopan ini mengganggu ketenangan Tuan Puteri.” Kata Hang Abat sambil melutut di lantai dan mengangkat sepuluh jarinya ke hujung dahi.

Puteri Britney memandang tenang wajah Hang Abat. Sambil berjalan menuju ke arah lelaki itu, dia berkata…
“Bangunlah wahai Tuan Laksamana. Tidak perlu kamu memohon ampun. Puteri senang dengan kedatangan kamu. Malah, Puteri memang menantinya.”
Puteri Britney menghentikan langkahnya. matanya merenung tepat mata Hang Abat. Hang Abat cuba mengelak. Cuba menangkis sinar mata Puteri Britney yang menyilaukan nafsunya. Dup dap, dup dap jantungnya melihat kejelitaan gadis itu. Sungguh menawan, sungguh seksi dan sungguh mengiurkan.

“Apakah mimpi yang membawa Tuan Laksamana ke mari?” Tanya Puteri Britney perlahan. Lunak dan manja suaranya. Bertambah kuat gelora cinta Hang Abat bila mendengar kemerduan suara Puteri Britney. Tak ubah seperti suara Rani Mukherji. Namun dia masih mengawal perasaannya itu. Dia datang demi menunaikan janjinya pada seorang sahabat. Bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Begini Tuan Puteri… Tujuan hamba hamba ke sini ialah untuk meminta kebenaran, kerana ingin menyunting sekuntum bunga di taman istana ini..” Kata Hang Abat, menggunakan taktik lama meminang. Tidak berani dia menyampaikan hajatnya secara direct kepada Puteri Britney.

“Oooo.. Kalau itu yang Tuan Laksamana mahukan, ambil sajalah yang mana satu pun. Bunga orkid, bunga mawar, bunga raya dan bunga taik ayam pun ada. Ambil sajalah yang mana Tuan Laksamana suka…” Balas Puteri Britney yang tidak faham dengan simpulan bahasa Hang Abat. Walaupun cantik, rupa-rupanya sungguh rendah tahap IQ Puteri Britney.

“Bukan begitu maksud hamba. Bunga yang hamba hajatkan ialah bunga bernyawa yang sedang berdiri dihadapan hamba ini…. Bunga Britney.”

‘Ooppsss…!!’ Tergamam Puteri Britney mendengar kata-kata Hang Abat. Tercegat dia, tanpa sebarang kata. Terpaku dia, tanpa penukulnya. Terharu dia, perasan tak terkira. Sangkanya, Hang Abat ingin menjadikannya sebagai awek pahlawan itu. Sungguh gumbira dia. Sebenarnya, Puteri Britney sudah lama ada menaruh hati pada Hang Abat. Sejak pandang pertama lagi. Dia suka melihat Hang Abat yang bukan sahaja hensem, malah cool and steady. Namun, Puteri Britney tahu Hang Jawad cuba menekelnya. Sebab itulah dia cuba memendamkan perasaannya itu. Dia tidak mahu, kerananya, kedua-dua pahlawan itu bersengketa kelak. Tapi, kata-kata Hang Abat tadi benar-benar membuatkan hatinya melonjak gembira. Pintu kerinduan yang selama ini terkunci, bagai direntap dengan kata-kata Hang Abat tadi. Lalu dia terus menerkam dan memeluk Hang Abat tanpa segan silu.

“Oh.. Abang Abat. Sebenarnya Bunga Britney ini telah lama menunggu untuk disunting oleh Abang Abad …uhuks… uhuks… uhuks…” Kata Puteri Britney sambil menangis. Sebak jiwanya bercampur happy. Kedua tangannya memeluk erat tubuh Hang Abat, seolah tidak mahu dilepaskan selama-lamanya. Pipi kanannya ditekupkan ke dada Hang Abat. Sudah lama dia mengidamkan babak-babak seperti itu.

Hang Abat terpinga-pinga. Stim pun ada. Hilang melayang segala idea. Kelu seribu bahasa. Serba salah dia. Patutkah dia mengambil peluang dan menggunakan kesempatan itu? Patutkah dia mangatakan bahawa dia juga amat cintakan Puteri Britney? Kalau diikutkan hati, mahu dia membalas pelukan itu dan mencium pipi Puteri Britney sepuas-puasnya. Tetapi.. tidak..!! Dia tak tergamak membelot janjinya. Dia sanggup kecewa asalkan sahabatnya bahagia. Lalu dia cuba menerangkan perkara sebenar, tujuan sebenar dia datang ke situ.

“Wahai Tuan Puteri…. sebenarnya…..”

Belum sempat Hang Abat menghabiskan kata-kata, pintu bilik itu dirempuh. Meluru masuk beberapa orang pengawal istana lalu mengepong mereka berdua.

“Cesss..!!!! Puteri Britney… berani kau menconteng arang di muka Ayahandamu ini..!!” Jerit raja Aki apabila melihat anaknya sedang berpelukan dengan Hang Abat. Teramatlah murkanya dia. Jelous pun ada. Sejak kematian isterinya, sudah lama dia tidak berasmara seperti itu. ‘Huh~!’, keluh hatinya. Puteri Britney, serta merta meleraikan pelukannya dari tubuh Hang Abat. Mengelabah mereka. Gabra gila babi…

“Kau Abat..!!! Ku harapkan pagar, pagar rupanya memakan padi..!!” Sambung Raja Aki lagi. Tinggi nada suaranya. Marah benar dia.
“Tuanku… ampunkan patik Tuanku. Sebenarnya…..”
“Ahhhh..!!!!! Aku tidak mahu mendengar sebarang alasan dari mu..!!” Celah Raja Aki sebelum sempat Hang Abat menghabiskan kata-katanya. Pengawal istana tadi, masih diam berdiri mengepong Hang Abat dan Puteri Britney.

“Dengar sini..! Kamu berdua telah melanggar undang-undang istana, berkhalwat tanpa surat kebenaran. Dengan ini beta menjatuhkan hukuman ke atas kamu berdua. Kamu berdua akan dikahwinkan malam ini juga. Dan mulai esok, kamu berdua tidak dibenarkan lagi tingal di dalam negara Al-K’tiak Masham ini. Kamu berdua dihukum buang negara selama dua tahun.” Raja aki berhenti seketika, menelan air liurnya, lalu menaymbung lagi…
“Pengawal..!!! Pergi panggil Tok Kadi dan ibu bapa Hang Abat ini… sekarang juga..!”

Kesemua pengawal yang tadinya mengepong Hang Abat dan Puteri Britney mula bersurai. Keluar pergi melaksanakan arahan Raja Aki. Setelah lengkap segala persediaan, maka upacara pernikahan mereka pun dilangsungkan. Puteri Britney tersenyum riang. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Dia gembira dengan hukuman Ayahandanya itu. Tidak sangka begitu mudah sekali dia dapat memiliki Hang Abat.
‘Kekekeke…’, gelak sakan dia di dalam hati.
‘Yahooooo..!! Yabedu bedu…!!’, seronoknya dia tidak terkira.

Hang Abat pula, masih gelisah. Masih serba salah. Namun, dia tidak dapat berpuat apa-apa. Perintah Raja Aki mesti diturutkan. Dia tidak mahu menderhaka.
‘Maafkan aku wahai sahabat. Maafkan aku Hang Jawad’. Wajah Hang Abat ceria, tapi hatinya merintih sedih. Janjinya pada Hang Jawad tidak dapat ditunaikan.

Setelah sempurna upacara pernikahan, maka dengan serta merta pasangan itu dihantar ke luar negara dengan pesawat peribadi milik Raja Aki. Mereka dihantar kenegara jiran, iaitu negara Al-K’tiak Bushuk. Tiggallah mereka di situ sehinggalah tamat tempoh hukuman.

Hang Jawad pula, masih menuggu kepulangan hang Abat di rumahnya. Dia menunggu sambil menonton TV, hingga ke lewat malam. Dia mula rasa gelisah kerana Hang Abat tidak pulang-pulang. Rancangan Smart Shop yang membosankan, menambah lagi keresahan Hang Jawad.
‘Kalaulah ada ASTRO, alangkah bestnya…’, bisik hati Hang Jawad. Dia bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkap. Matanya memerhati ke arah istana. Firasatnya mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dia cuba menelefon handset Hang Abat. Tapi jawapannya…” Nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan”. Huh~! Hang Jawad mengeluh. Dia mendail sekali lagi. Sama juga jawapannya.

“Tak boleh jadi, mesti ada sesuatu yang tak kena. Aku mesti pergi ke istana…” Hang Jawad mengambil jaketnya lalu bergegas keluar. Setiap kali dia keluar, mesti dipakainya jaket itu. Sayang sungguh dia dengan jaket Manchester United yang dihadiahkan oleh bapa saudaranya dari London.

Tanpa berlengah, Hang Jawad menghidupkan enjin motor vespa buruknya, lalu bergerak menuju ke istana. Prop pop pop pop..!!! Nyaring dan ganas bunyinya. Tak ubah seperti bunyi motor Harley Davidson. Habis terkejut dan lari bertempiaran burung-burung pungguk yang sedang asyik memerhatikan bulan.

Dalam perjalanannya itu, dia bertembung dengan Bendahara Agus.

“Hei… Hang Jawad..!! Nak kemana malam-malam buta ni?” Tegur Bendahara Agus.
“Aku nak ke istana…” Jawab Hang Jawad
“Ke istana..?? Ofis sudah tutup da.. ko kerja overtime ker?” Bendahara Agus kehairanan.
“Aku mencari sahabatku Hang Abat. Sejak petang tadi dia tidak pulang. Mungkin ada di istana agaknya…” Hang Jawad memandang Bendahara Agus. Mengharap jawapan. Mungkin Bendahara Agus tahu dimana sahabatnya.

“Ooooo.. Pengkhianat tu… kau tak dengar berita lagi?”
Jawapan yang dinanti, soalan yang keluar.
“Pengkhianat..????? Berita..???? Berita apa? Apa yang sudah berlaku?” Hang Jawad konfius dengan kenyataan Bendahara Agus. Hatinya semakin resah.

“Hang Abat telah melarikan diri, setelah menculik Puteri Britney…” Kata Bendahara Agus cuba menipu Hang Jawad. Dia sebenarnya memang tidak senang dengan persahabatan dua orang pahlawan itu. Dia juga irihati dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Raja Aki kepada mereka. Dialah yang merancang penangkapan Hang Abat. Semasa Hang Jawad dan Hang Abat berbincang bagaimana hendak memikat Puteri Britney, Bendahara Agus telah mencuri dengar perbualan mereka. Dia tahu Hang Abat akan pergi ke bilik Puteri Britney, lalu dia melaporkan hal itu kepada Raja Aki.

“Apa..????”
“Cesss..!!! Sahabat tak guna…!!!!!! Sia-sia aku percayakan kau selama ini. Kau tipu aku Abat..!!!”
Tanpa usul periksa, Hang Jawad telah mempercayai kata-kata Bendahara Agus. Teramatlah marahnya dia. Puteri Britney tercinta telah dirampas oleh sahabatnya sendiri.

“Arghhhh..!!!!!!!!” Jerit Hang Jawad lalu menerajang motor vespanya. Sungguh kuat tendangan mautnya. Terpelanting motor vespa itu. Nun jauh, sayup mata memandang. Hang Jawad mengamok. Helmetnya dibaling, lalu terkena kepala Bendahara Agus.
“Aduh… sakitnya….” Bendahara Agus mengerang lalu lari lintang pukang, tanpa menoleh ke belakang. Bukan sahaja manusia, harimau dan singa juga akan lari jika melihat keadaan Hang Jawad ketika itu. Mukanya merah menyala. Keluar haba dan cahaya api dari badannya, seperti Son Goku dalam cerita Dragon Ball.

“Kame… hame.. haaa…!!!!” Jerit Hang Jawad. Matanya dipejamkan. Mindanya memusatkan tumpuan, mengumpul segala kuasa dan tenaga kebatinan yang ada. Dia mengangkat kedua tangannya. Selepas seketika, keluar bebola api dari tangan itu. Dia membaling bebola api itu menghala ke rumah Hang Abat. Tepat sasarannya mengena. Habis terbakar hangus rumah Hang Abat. Mujurlah tiada sesiapa di dalamnya.

Hang Jawad terus mengamok. Banyak lagi harta benda awam yang dimusnahkannya. Balai Polis, Balai Bomba, dan beberapa buah Klinik Swasta musnah terbakar, terkena tembakan bebola apinya. Marahkan nyamuk, kelambu yang dibakarnya. Kalau setakat kelambu sahaja, masih tidak mengapa. Habis cadar, selimut, bantal dan katil yang tidak berdosa turut menjdai mangsa. Orang ramai mula melarikan diri, keluar meninggalkan Al-K’tiak Masham. Negara itu yang dahulunya meriah, kini sunyi sepi, angkara keganasan dan kegilaan Hang Jawad.

Raja Aki teramatlah susah hati, mengenangkan bencana yang menimpa negaranya. Tiada seorangpun di kalangan pengawal dan tentera, yang berani melawan Hang Jawad. Dia terlalu kuat. ilmunya terlalu hebat. Rumahnya pula dilengkapi dengan Security System yang amat canggih. Tiada siapapun yang berjaya menceroboh masuk untuk menangkapnya. Raja Aki teringat pada hang Abat. Dia yakin Hang Abat sahaja yang tahu kelemahan sahabatnya itu. Tanpa berlengah Raja Aki terus menghantar e-mail kepada Hang Abat, mengarahnya pulang segera ke negara Al-K’tiak Masham. Hukuman keatasnya damansuhkan serta-merta.

Setelah membaca e-mail itu, Hang Abat pun pulang ke istana Ayahanda mertua, bersama isterinya Puteri Britney. Sebaik sahaja tiba, dengan diiringi beberapa orang pengawal dan tentera, Hang Abat bergerak pergi ke rumah Hang Jawad.

“Hei Jawad..!!!! Turun kau..!!! Jerit hang Abat sejurus tiba di hadapan pintu rumah sahabatnya itu. Namun tiada sebarang jawapan. Hang Abat memanggil lagi.
” Hei Jawad…!!! Aku tahu kau ada di dalam..!! Ini aku sahabatmu Abat… aku telang pulang..!!”

“Kau sahabat khianat..!!! Aku tak mahu melihat mukamu… pergi..!!! Pergi kau..!!! Berambus..!!! Go to hell..!!!” Tiba-tiba Hang Jawad bersuara. Namun bayangnya masih belum kelihatan.

“Aku faham kemarahanmu, dan aku tidak kisah jika kau membenciku. Aku cuma mahu kau hentikan kekacauan yang kau lakukan sekarang. Tiada apa faedah yang kau perolehi…!”
Hang Abat berhenti seketika, lalu berjalan menuju ke tangga.
“Hei Jawad..!!!!!!!!! Turun la..!!!!!!!” Semakin tinggi suara Hang Abat.
“Aku tak mahu turun…!!!! Kalau kau nak jumpa aku dan kalau kau berani naik la.. Hahahaha..!!!”

Hang Abat hampa dengan jawapan dan kedegilan sahabatnya itu. Dia tahu Hang Jawad memang keras kepala. Dia sudah masak sangat dengan perangainya. Jika sekali Hang Jawad mengatakan tidak… maka selama-lamalah maknanya. Hang Abat termenung seketika, sambil menggaru bontotnya yang tidak gatal. Dia perlu menangkap Hang Jawad. Perintah Raja Aki mesti dilaksanakan. Walaupun itu sahabatnya, dia tak boleh pilih kasih. Yang salah tetap bersalah dan mesti duhukum setimpal dengan kesalahannya. Undang-undang dan keadilan mesti ditegakkan.

Hang Abat tahu kelemahan Hang Jawad. Kelemahan yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Hanya dia seorang sahaja yang tahu. Dia tiada pilihan. Dia terpaksa menggunakan taktik rahsia itu untuk menangkap Hang Jawad.

“Hei Jawad..!! Tadi dalam perjalanan kemari, aku ternampak Mat Saleh tengah beromen. Dengan Ah Moi mana entah. Seksi siutttt.. mengancam abessss.. melelehhhhh wa cakap lu..!!”

Sebaik sahaja habis ayat itu. Maka terpacul muka Hang Jawad dihadapan pintu. Tersengih dia. Dengan wajah yang penuh ceria dia berkata…
“Yer ker Abat? Fulllamakkkkk…!! Dah lama seh aku tak ngendap.. Kat mana? Jom ar pegi cepat…jom… jom.. jom..”
Tanpa memijak anak tangga, Hang Jawad terus melompat ke tanah. Tak sabar-sabar dia. Dia tak tahu sebenarnya dia telah diperdaya.

Sebaik sahaja kakinya menjejak bumi, pengawal dan tentera yang dari tadi menanti, terus mengepong dan menangkap Hang Jawad. Hang Jawad tidak mampu melawan, kerana di dalam keadaan ghairah semua kekuatannya akan hilang. Mereka menggari tangannya dan memasukkan dia ke dalam sangkar besi yang dibawa, lalu diusung ke istana. Akhirnya dia tewas. Bukan di hujung keris sakti. Bukan dengan peluru senapang. Tapi, dengan panah psikologi nafsu. Nafsu… nafsu.. nafsu..

Hang Jawad dipenjara tiga tahun atas kesalahanya merosakkan harta benda awam. Selepas dibebaskan dia telah pergi membawa diri ke India bersama kumpulan Tabligh. Jiwanya sudah semakin tenang. Dia masih berkawan dan berutus e-mail dengan Hang Abat.

Hang Abat telah ditabalkan sebagai raja baru negara Al-K’tiak Masham. Kini dia hidup bahagia besama isterinya Puteri Britney, juga Ayahanda mertuanya, Raja Aki.

Manakala Bendahara Agus pula, hilang entah kemana. Ada yang mengatakan dia pergi ke hutan mencari Ayam Seramanya yang hilang. Ayam Serama yang dibelinya dengan harga 5 juta dirham. Dengan hasil wang yang di songlapnya dari akaun negara. Mungkin sebelum bertemu dengan Ayam Seramanya itu, dia akan bertemu dengan harimau dan singa terlebih dahulu.. biarkan….

“Kau jugak yang degil. Dulu abah suruh kau kahwin dengan si Malik tu tapi kau tak nak. Kononya hati kau belum terbuka lah itu lah ini lah. Kau nak sangat budak keparat tu. Kau tengok sekarang apa jadi. Huh. Dasar Penyangak! Kalau kau kawin dengan Malik, kau dah jadi bini Ustad sekarang.”

 

            “Mak dah nasihat pada kau dulu. Ita tak nak dengar. Ita nak juga sehidup semati dengan si Kamal tu. Kau kata kau boleh ubahkan perangai dia? Sekarang apa jadi? Mak kesiankan Zizi. Budak tu tak berdosa tapi asyik jadi sasaran panas baran suami kau tu.”

 

            “Mak, Abah! Itu kan semua dugaan Tuhan. Masalah Ita tahulah Ita selesaikan. Lagipun abang Kamal tetap suami Ita yang sah kan? Dah lah Mak, Ita datang ni pun pasal si Zizi dah rindukan neneknya. Ita balik dulu ya Mak. Nanti abang Kamal balik Ita tak de rumah pula.”

 

            “Susah-susah kau tinggalkan sudah si Kamal penyangak tu. Daripada hidup kau sengsara lebih baik berjanda!”

 

            “Abah!”

 

            Ita terus mengangkat kaki lalu keluar dari rumah Bapanya, Pak Leh. Ita tidak sanggup mendengar cemuhan dari ibu-bapanya. Ita sedar dia yang telah memilih pasangan hidupnya sendiri dan akan menanggung setiap apa yang terjadi padanya hanya kerana cintanya yang lama terjamin sewaktu berada di bangku sekolah lagi. Ibu-bapanya tidak merestui perhubungan antara Ita dan Kamal. Namum, Ita tetap berdegil dan mahu sehidup semati dengan Kamal yang kini sudah menjadi suaminya selama 9 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata Zizi yang berumur 8 tahun.

 

            Ita tidak sangka perangai suaminya semakin teruk. Dahulu, sewaktu bercinta bermacam-macam Kamal janji pada Ita. Kamal berjanji akan menjaga Ita dan membina sebuah mahligai yang bahagia bersama Ita. Ita, yang asyik mendengar kata-kata manis, berbunga-bunga dari mulut Kamal terhasut lalu sanggup hidup semati dengannya walau apa pun terjadi.

 

            “Ita, Kamal terlalu mencintai Ita. Kamal tak sanggup berpisah dengan Ita. Kamal janji Kamal akan membahagiakan hidup Ita. Kita kahwin eh Ita?”

 

            “Bu, Bu,” Zizi, anak Ita mengejutnya dari lamunan.

 

            “Ibu kenapa nangis?”

 

            “Tak ada apa- apa sayang. Yok balik. Kita naik teksi aje lah,” Ita mengesat air matanya.

 

*****************************

           

“Eh, Abang dah balik? Mak dan Abah kirim salam,” kelam kabut Ita salam Kamal sesampainya di rumah.

 

            “Eh Ita! Kau tak reti duduk rumah eh? Aku balik dah berapa jam, kau masih di luar merayap! Pergi rumah Mak tu buat apa? Ngadu hal rumah lah tu?” Kamal meninggikan suara.

 

            “Zizi rindukan nenek dia. Jadi Ita pergi sekejap. Ita ingat abang balik malam?”

           

            “Dah aku nak keluar!”

 

            “Abang tak solat Jumaat ke?”

 

            “Eh Pompan! Kau jangan nak sibuk-sibuk dengan hal aku eh. Aku nak sembahyang ke tak nak tu aku punya pasal!” Kamal menghentak pintu lalu keluar dari rumah itu.

 

            Ita kecewa. Sungguh kecewa kerana gagal membentuk suaminya yang tidak pernah kenal erti ibadah. Pergelokan hidup Kamal dilumuri dengan dosa. Tapi apakan daya Ita. Sebagai isteri dia harus mematuhi perintah suaminya dan sentiasa berada di sisinya.

 

            “Bu, Bu, bangun. Ayah mabuk lagi ke bu? Bu, Zizi takut. Nanti ayah pukul Zizi,”

 

            “ZIZI! Kenapa mainan kau letak di sini? Nak Ayah buang. Sini kau budak!” jerit Kamal lalu mencampakkan anak patungnya ke arah muka anaknya itu.

 

            “Abang! Kalau nak marah Ita pun jangan lepaskan pada anak kita. Abang, Zizi masih kecil bang. Belum tahu erti kehidupan. Janganlah abang jadikan dia sebagai sasaran. Pukul Ita jangan pukul Zizi Bang,” Ita membela Zizi lalu memeluknya.

 

            “Pergi Mampus dengan anak kau tu!”

 

            Ita tidak mampu berbuat apa-apa. Anak yang kecil itu sentiasa dijadikan sasaran lelaki yang tidak bertanggung jawab itu. Setiap hari, Kamal pulang dengan keadaan mabuk. Arak yang diminumnya sudah menjadi air sehariannya. Untuk memburukkan lagi keadaan, nafkah tidak pernah diberi kepada anak bininya. Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti tidak bertahan lama. Majikannya semua tidak tahan dengan perangai Kamal yang panas baran dan asyik dengan araknya yang berbotol-botol.

 

******************************

 

            “Kenapa dengan pipi Zizi? Zizi kena pukul ke?” tanya guru sekolah Zizi.

 

            “Semalam Zizi jatuh cikgu. Cikgu, Zizi nak balik. Ibu dah tunggu di luar. Bye Cikgu.” Zizi cuba menyembunyikan hal sebenar yang dia telah dipukul bantai oleh bapanya, Kamal.

 

            “Bu. Tadi cikgu tanya kenapa pipi Zizi lebam.”

 

            “Zizi cakap apa dengan cikgu?”

 

            “Zizi kata Zizi jatuh. Kan ibu cakap tak baik burukkan keluarga sendiri?”

 

            Ita memeluk erat Zizi.

 

            “Ya nak. Macam mana jahat pun ayah Zizi, dia tetap ayah Zizi kan? Zizi berdoa ya nak semoga ayah Zizi berubah.”

 

            Ita tidak dapat menahan sebak melihat anaknya Zizi yang sentiasa dipukul oleh Kamal. Ita pasrah. Ita tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk berubah suaminya. Ita juga kesal kerana biarkan anaknya Zizi menjadi korban perangai buruk Kamal. Ita tidak mampu untuk melawan suaminya yang sangat dicintai. Ita, yang bersifat lembut sentiasa berdiam apabila dimarahi suaminya. Sampai bila Ita mampu bertahan dengan kehidupannya ini?

 

            “Abang, maafkan Ita kalau Ita bertanya suatu perkara?” Ita cuba berbaik dengan suaminya pada suatu malam.

 

            “Apa dia?” tanya Kamal ringkas sambil membaca suratkhabar.

 

            “Abang, Ita tahu sebagai isteri Ita harus patuh pada cakap suami, tapi Ita harus tegur abang kalau abang silap.” Kamal meletakkan suratkhabarnya lalu merenung tajam ke arah isterinya itu.

 

            Ita tunduk, takut melihat tenungan suaminya yang garang itu.

 

            “Abang, bertaubatlah bang. Kita hidup tak lama. Kalau boleh, demi Ita, demi Zizi abang buanglah tabiat minum arak tu. Kembali pada Allah bang,” Ita menahan sebak.

 

            “Abang kami semua sayangkan Abang,”

 

            Sebelum Ita dapat menyambung perkataanya Kamal menyampuk.

 

            “Ita! Ini kehidupan aku. Aku beri kau amaran. Kau jangan cuba nak nasihat aku. Pergi Jahanam dengan kau punya ibadah! Kalau kau dah tak tahan kau boleh keluar dari rumah ini!” Kamal mengangkat kaki lalu keluar dari rumah itu.

 

            Sikap Kamal yang tidak suka ditegur membuat Ita semakin pilu. Ita pasrah.

 

            “Oh Tuhan. Kau bukalah hati Suamiku untuk kembali ke pangkal jalan. Aku tidak sanggup hidup dengan penderitaan ini,” Ita menangis.

 

            “Bu,” Zizi muncul di pintu bilik Ita.

 

            “Zizi!” Ita memeluk anaknya.

 

            “Bu, Zizi benci ayah. Yok kita pergi rumah nenek bu?”

 

            “Tidak nak. Bersabar ya nak. Sudah nasib kita macam gini nak. Zizi sentiasa berdoa ya nak. Zizi minta ampun pada Allah atas dosa ayah Zizi. Zizi minta Allah tolong Zizi dan Ibu ya nak,”

 

            Anak sekecil 8 tahun itu terpaksa menjalani hidup yang begitu seksa, sentiasa dipukul, dimaki hamun oleh seorang bapa kandung yang tidak berkerimanusiaan, tanpa belaian kasih sayang dari seorang bapa. Ibunya sahaja yang dapat Zizi mengadu. Namum, walaupun mereka hidup dengan penuh kesengsaraan, Ita tetap bersabar dan sentiasa mengajar anaknya untuk kembali pada Allah swt.

 

****************** 

 

            Pada suatu malam ketika Kamal baru pulang dari kedai Kopi, Kamal terdengar suara anaknya di dalam bilik Zizi. Kamal membuka pintu bilik Zizi.

 

            “Oh Allah. Tolonglah Zizi. Ampunkan dosa ayah Zizi. Jadikan dia seorang  yang baik. Kesiankan lah Ibu, Zizi,” Zizi, dengan telekung membungkusi tubuh kecilnya itu, duduk di atas sejadah kecil, menangis tersedu-sedu sambil menadahkan tangannya berdoa  yang pernah diajar oleh Ita.

 

            Kamal mendekati Zizi. Tangan kecil yang sedang menadah itu basah dipenuhi air mata seorang insan yang tidak berdosa. Tiba-tiba, Kamal menistiskan air mata yang jatuh ke atas kepala anak kecil itu. Hati kecil lelaki ego itu tersentuh dengan doa anak yang telah dipukul, dimaki hamun. Muncul perasaan kesal di lubuk hati Kamal.

Air mata anaknya telah membuat Kamal sedar. Kamal merendahkan tubuhnya ke arah Zizi. Kamal terus memeluk Zizi lalu meraung.

 

            “Maafkan Ayah Zizi. Maafkan Ayah. Ayah janji tak buat lagi nak,” Kamal tersedu-sedu.

 

            “Zizi sayang Ayah!”

 

            Air mata seorang insan yang masih belum faham erti kehidupan, yang menjadi korban seorang ayah yang zalim telah merubah segala-galanya. Telah membawa seorang manusia durjana ke pangkal jalan. Begitu kuat kuasa sesebuah doa kepada Allah s.w.t

a

b

 

c

 

e

 

f

i

j

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

91

Cerita ini merupakan kisah nyata seorang tante yang saya temui di Bali, tetapi detail yang saya sebutkan mungkin tidak sesuai dengan kisah aslinya. Saya menuliskan apa yang saya tangkap dari yang diceritakan tante. Sebut saja Ami (bukan nama sebenarnya). Tante Ami bercerita mengenai pengalaman hidupnya ketika masa kuliah.

Sekitar dua puluh tahun yang lalu, Ami sedang menjalankan semester terakhir dan berusaha menyelesaikan skripsi. Disaat itu pula, 2 minggu yang akan datang, Ami akan dipersunting oleh seorang pria yang bernama Iman (bukan nama sebenarnya).

Ami dan Iman telah berpacaran selama 7 tahun. Iman merupakan teman SD Ami. Mereka telah kenal selama 14 tahun. Masa 7 tahun adalah masa pertemanan, dan kemudian dilanjutkan ke masa pacaran. Mereka bahkan telah bertunangan dan 2 minggu ke depan, Ami dan Iman akan melangsungkan ijab kabul.

Entah mimpi apa semalam, tiba-tiba Ami dikejutkan oleh suatu berita.

Adiknya Iman: Mbak Ami, Mbak Ami. Mas Iman…Mas Iman….kena musibah!
Ami: Innalillahi wa inna illahi roji’un…

Saat itu Ami tidak mengetahui musibah apa yang menimpa Iman. Kemudian sang adik melanjutkan beritanya…

Adiknya Iman: Mas Iman…kecelakaan…dan..meninggal…
Ami: Innalillahi wa inna illahi roji’un…

…dan Ami kemudian pingsan…

Setelah bangun, Ami dihadapkan oleh mayat tunangannya. Ami yang shock berat tak bisa berkata apa-apa. Bahkan tidak ada air mata yang mengalir.

Ketika memandikan jenazahnya, Amit terdiam. Ami memeluk tubuh Iman yang sudah dingin dengan begitu erat dan tak mau melepaskannya hingga akhirnya orang tua Iman mencoba meminta Ami agar tabah menghadapi semua ini.

Setelah dikuburkan, Ami tetap terdiam. Ia berdoa khusyuk di depan kuburan Iman.

Sampai seminggu ke depan, Ami tak punya nafsu makan. Ia hanya makan sedikit. Ia pun tak banyak bicara. Menangis pun tidak. Skripsinya terlantar begitu saja. Orangtua Ami pun semakin cemas melihat sikap anaknya tersebut.

Akhirnya bapaknya Ami memarahi Ami. Sang bapak sengaja menekan anak tersebut supaya ia mengeluarkan air mata. Tentu berat bagi Ami kehilangan orang yang dicintainya, tapi tidak mengeluarkan air mata sama sekali. Rasanya beban Ami belum dikeluarkan.

Setelah dimarahi oleh bapaknya, barulah Ami menangis. Tumpahlah semua kesedihan hatinya. Setidaknya, satu beban telah berkurang.

…tiga bulan kemudian…

Skripsi Ami belum juga kelar. Orangtuanya pun tidak mengharap banyak karena sangat mengerti keadaan Ami. Sepeninggal Iman, Ami masih terus meratapi dan merasa Iman hanya pergi jauh. Nanti juga kembali, pikirnya.

Di dalam wajah sendunya, tiba-tiba ada seorang pria yang tertarik melihat Ami. Satria namanya (bukan nama sebenarnya). Ia tertarik dengan paras Ami yang manis dan pendiam. Satria pun mencoba mencaritahu tentang Ami dan ia mendengar kisah Ami lengkap dari teman-temannya.

Setelah mendapatkan berbagai informasi tentang Ami, ia coba mendekati Ami. Ami yang hatinya sudah beku, tidak peduli akan kehadiran Satria. Beberapa kali ajakan Satria tidak direspon olehnya.

Satria pun pantang menyerah, sampai akhirnya Ami sedikit luluh. Ami pun mengajak Satria ke kuburan Iman. Disana Ami meminta Satria minta ijin kepada Iman untuk berhubungan dengan Ami. Satria yang begitu menyayangi Ami menuruti keinginan perempuan itu. Ia pun berdoa serta minta ijin kepada kuburan Iman.

Masa pacaran Ami dan Satria begitu unik. Setiap ingin pergi berdua, mereka selalu mampir ke kuburan Iman untuk minta ijin dan memberitahu bahwa hari ini mereka akan pergi kemana. Hal itu terus terjadi berulang-ulang. Tampaknya sampai kapanpun posisi Iman di hati Ami tidak ada yang menggeser. Tetapi Satria pun sangat mengerti hal itu dan tetap rela bersanding disisi Ami, walaupun sebagai orang kedua dihati Ami.

Setahun sudah masa pacaran mereka. Skripsi Ami sudah selesai enam bulan yang lalu dan ia lulus dengan nilai baik. Satria pun memutuskan untuk melamar Ami.

Sebelum melamar Ami, Satria mengunjungi kuburan Iman sendirian. Ini sudah menjadi ritual bagi dirinya. Disana ia mengobrol dengan batu nisan tersebut, membacakan yasin, sekaligus minta ijin untuk melamar Ami. Setelah itu Satria pulang, dan malamnya ia melamar Ami.

Ami tentu saja senang. Tapi tetap saja, di hati Ami masih terkenang sosok Iman. Ami menceritakan bagaimana perasaannya ke Satria dan bagaimana posisi Iman dihatinya. Satria menerima semua itu dengan lapang dada. Baginya, Ami adalah prioritas utamanya. Apapun keinginan Ami, ia akan menuruti semua itu, asalkan Ami bahagia.

Ami pun akhirnya menerima lamaran Satria.

…beberapa bulan setelah menikah…

Di rumah yang damai, terpampang foto perkawinan Ami dan Satria. Tak jauh dari foto tersebut, ada foto perkawinan Ami ukuran 4R. Foto perkawinan biasa, namun ada yang janggal. Di foto tersebut terpampang wajah Ami dan Iman.

Ya, Ami yang masih terus mencintai Iman mengganti foto pasangan disebelahnya dengan wajah Iman. Foto itupun terletak tak jauh dari foto perkawinan Satria dan Ami. Sekilas terlihat foto tersebut hasil rekayasa yang dibuat oleh Ami. Namun Satria mengijinkan Ami meletakkan foto tersebut tak jauh dari foto perkawinan mereka.

Bagaimanapun Ami tetap akan mencintai Iman sekaligus mencintai Satria, suami tercintanya. Dan Satria merupakan pria yang memiliki hati sejati. Baginya, cinta sejatinya adalah Ami. Apapun yang Ami lakukan, ia berusaha menerima semua keadaan itu. Baginya tak ada yang perlu dicemburui dari batu nisan. Ia tetap menjalankan rumah tangganya dengan sakinah, mawaddah dan warramah, hingga saat ini…

Mendengar cerita diatas, terus terang saya merasa sedih, terharu, sekaligus miris. Saya kagum dengan sosok Satria yang ternyata benar-benar mencintai Tante Ami. Saya juga mengerti kepedihan Tante Ami ketika ditinggalkan tunangannya. Tentu rasanya sulit ditinggalkan oleh orang yang sudah membekas dihati.

Akankah ada pria-pria seperti Satria? Saya harap semoga banyak pria yang akan tetap setia kepada seorang wanita, menerima mereka apa adanya.

 

Asal Usul Danau Lipan

 

 

 

Di kecamatan Muara Kaman kurang lebih 120 km di hulu Tenggarong ibukota Kabupaten Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur ada sebuah daerah yang terkenal dengan nama Danau Lipan. Meskipun bernama Danau, daerah tersebut bukanlah danau seperti Danau Jempang dan Semayang. Daerah itu merupakan padang luas yang ditumbuhi semak dan perdu.

 

 

Dahulu kala kota Muara Kaman dan sekitarnya merupakan lautan. Tepi lautnya ketika itu ialah di Berubus, kampung Muara Kaman Ulu yang lebih dikenal dengan nama Benua Lawas. Pada masa itu ada sebuah kerajaan yang bandarnya sangat ramai dikunjungi karena terletak di tepi laut.

 

 

Terkenallah pada masa itu di kerajaan tersebut seorang putri yang cantik jelita. Sang putri bernama Putri Aji Bedarah Putih. Ia diberi nama demikian tak lain karena bila sang putri ini makan sirih dan menelan air sepahnya maka tampaklah air sirih yang merah itu mengalir melalui kerongkongannya.

 

 

Kejelitaan dan keanehan Putri Aji Bedarah Putih ini terdengar pula oleh seorang Raja Cina yang segera berangkat dengan Jung besar beserta bala tentaranya dan berlabuh di laut depan istana Aji Bedarah Putih. Raja Cina pun segera naik ke darat untuk melamar Putri jelita.

 

 

Sebelum Raja Cina menyampaikan pinangannya, oleh Sang Putri terlebih dahulu raja itu dijamu dengan santapan bersama. Tapi malang bagi Raja Cina, ia tidak mengetahui bahwa ia tengah diuji oleh Putri yang tidak saja cantik jelita tetapi juga pandai dan bijaksana. Tengah makan dalam jamuan itu, puteri merasa jijik melihat kejorokan bersantap dari si tamu. Raja Cina itu ternyata makan dengan cara menyesap, tidak mempergunakan tangan melainkan langsung dengan mulut seperti anjing.

 

 

Betapa jijiknya Putri Aji Bedarah Putih dan ia pun merasa tersinggung, seolah-olah Raja Cina itu tidak menghormati dirinya disamping jelas tidak dapat menyesuaikan diri. Ketika selesai santap dan lamaran Raja Cina diajukan, serta merta Sang Putri menolak dengan penuh murka sambil berkata, “Betapa hinanya seorang putri berjodoh dengan manusia yang cara makannya saja menyesap seperti anjing.”

 

 

Penghinaan yang luar biasa itu tentu saja membangkitkan kemarahan luar biasa pula pada Raja Cina itu. Sudah lamarannya ditolak mentah-mentah, hinaan pula yang diterima. Karena sangat malu dan murkanya, tak ada jalan lain selain ditebus dengan segala kekerasaan untuk menundukkan Putri Aji Bedarah Putih. Ia pun segera menuju ke jungnya untuk kembali dengan segenap bala tentara yang kuat guna menghancurkan kerajaan dan menawan Putri.

 

 

Perang dahsyat pun terjadilah antara bala tentara Cina yang datang bagai gelombang pasang dari laut melawan bala tentara Aji Bedarah Putih.

 

 

Ternyata tentara Aji Bedarah Putih tidak dapat menangkis serbuan bala tentara Cina yang mengamuk dengan garangnya. Putri yang menyaksikan jalannya pertempuran yang tak seimbang itu merasa sedih bercampur geram. Ia telah membayangkan bahwa peperangan itu akan dimenangkan oleh tentara Cina. Karena itu timbullah kemurkaannya.

 

 

Putri pun segera makan sirih seraya berucap, “Kalau benar aku ini titisan raja sakti, maka jadilah sepah-sepahku ini lipan-lipan yang dapat memusnahkan Raja Cina beserta seluruh bala tentaranya.” Selesai berkata demikian, disemburkannyalah sepah dari mulutnya ke arah peperangan yang tengah berkecamuk itu. Dengan sekejap mata sepah sirih putri tadi berubah menjadi beribu-ribu ekor lipan yang besar-besar, lalu dengan bengisnya menyerang bala tentara Cina yang sedang mengamuk.

 

 

Bala tentara Cina yang berperang dengan gagah perkasa itu satu demi satu dibinasakan. Tentara yang mengetahui serangan lipan yang tak terlawan itu, segera lari lintang-pukang ke jungnya. Demikian pula sang Raja. Mereka bermaksud akan segera meninggalkan Muara Kaman dengan lipannya yang dahsyat itu, tetapi ternyata mereka tidak diberi kesempatan oleh lipan-lipan itu untuk meninggalkan Muara Kaman hidup-hidup. Karena lipan-lipan itu telah diucap untuk membinasakan Raja dan bala tentara Cina, maka dengan bergelombang mereka menyerbu terus sampai ke Jung Cina. Raja dan segenap bala tentara Cina tak dapat berkisar ke mana pun lagi dan akhirnya mereka musnah semuanya. Jung mereka ditenggelamkan juga.

 

 

Sementara itu Aji Bedarah Putih segera hilang dengan gaib, entah kemana dan bersamaan dengan gaibnya putri, maka gaib pulalah Sumur Air Berani, sebagai kekuatan tenaga sakti kerajaan itu. Tempat Jung Raja Cina yang tenggelam dan lautnya yang kemudian mendangkal menjadi suatu daratan dengan padang luas itulah yang kemudian disebut hingga sekarang dengan nama Danau Lipan.

 

 

(Disadur dari Masdari Ahmad, Kumpulan Cerita Rakyat Kutai, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Jakarta 1979)

Jawa Barat
Sangkuriang

spkr.gif (282 bytes)Pada jaman dahulu, tersebutlah kisah seorang puteri raja di Jawa Barat bernama Dayang Sumbi.Ia mempunyai seorang  anak laki-laki yang diberi nama Sangkuriang. Anak tersebut sangat gemar berburu.

spkr.gif (282 bytes)Ia berburu dengan ditemani oleh Tumang, anjing kesayangan istana. Sangkuriang tidak tahu, bahwa anjing itu adalah titisan dewa dan juga bapaknya.

Pada suatu hari Tumang tidak mau mengikuti perintahnya untuk mengejar hewan buruan. Maka anjing tersebut diusirnya ke dalam hutan.

spkr.gif (282 bytes)Ketika kembali ke istana, Sangkuriang menceritakan kejadian itu pada ibunya. Bukan main marahnya Dayang Sumbi begitu mendengar cerita itu. Tanpa sengaja ia memukul kepala Sangkuriang dengan sendok nasi yang dipegangnya. Sangkuriang terluka. Ia sangat kecewa dan pergi mengembara.

spkr.gif (282 bytes)Setelah kejadian itu, Dayang Sumbi sangat menyesali dirinya. Ia selalu berdoa dan sangat tekun bertapa. Pada suatu ketika, para dewa memberinya sebuah hadiah. Ia akan selamanya muda dan  memiliki kecantikan abadi.

spkr.gif (282 bytes)Setelah bertahun-tahun mengembara, Sangkuriang akhirnya berniat untuk kembali ke tanah airnya. Sesampainya disana, kerajaan itu sudah berubah total. Disana dijumpainya seorang gadis jelita, yang tak lain adalah Dayang Sumbi. Terpesona oleh kecantikan wanita tersebut maka, Sangkuriang melamarnya.  Oleh karena pemuda itu sangat tampan, Dayang Sumbi pun sangat terpesona padanya.

Pada suatu hari Sangkuriang minta pamit untuk berburu. Ia minta tolong Dayang Sumbi untuk merapikan ikat kepalanya. Alangkah terkejutnya Dayang Sumbi demi melihat bekas luka di kepala calon suaminya. Luka itu persis seperti luka anaknya yang telah pergi merantau. Setelah lama diperhatikannya, ternyata wajah pemuda itu sangat mirip dengan wajah anaknya. Ia menjadi sangat ketakutan.

Maka kemudian ia mencari daya upaya untuk menggagalkan proses peminangan itu. Ia mengajukan dua buah syarat. Pertama, ia meminta pemuda itu untuk membendung sungai Citarum. Dan kedua, ia minta Sangkuriang untuk membuat sebuah sampan besar untuk menyeberang sungai itu. Kedua syarat itu harus sudah dipenuhi sebelum fajar menyingsing.

Malam itu Sangkuriang melakukan tapa. Dengan kesaktiannya ia mengerahkan mahluk-mahluk gaib untuk membantu menyelesaikan pekerjaan itu. Dayang Sumbi pun diam-diam mengintip pekerjaan tersebut. Begitu pekerjaan itu hampir selesai, Dayang Sumbi memerintahkan pasukannya untuk menggelar kain sutra merah di sebelah timur kota.

Ketika menyaksikan warna memerah di timur kota, Sangkuriang mengira hari sudah menjelang pagi. Ia pun menghentikan pekerjaannya. Ia sangat marah oleh karena itu berarti ia tidak dapat memenuhi syarat yang diminta Dayang Sumbi.

Dengan kekuatannya, ia menjebol bendungan yang dibuatnya. Terjadilah banjir besar melanda seluruh kota. Ia pun kemudian menendang sampan besar yang dibuatnya. Sampan itu melayang dan jatuh menjadi sebuah gunung yang bernama “Tangkuban Perahu

Laman Berikutnya »